Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat singgah ke blog khas saya yang diwujudkan sebagai sebahagian usaha saya menulis memoir atau autobiografi sendiri, sekurang-kurangnya mencatat pengalaman dan pandangan saya terhadap dunia dan kehidupan untuk ditatap oleh anak cucu, agar mereka lebih mengenali seorang insan yang dipanggil abang, ayah, datuk atau moyang mereka dan pernah wujud dan bernafas di muka bumi ini pada suatu ketika.
Sebahagian besar kandungan blog ini akan ditulis berdasarkan sesuatu peristiwa, suasana atau gambar lama dan baru yang saya tulis penjelasan dan pemeriannya dalam konteks pengalaman dan fikiran saya atau tafsiran saya terhadap kehidupan.
Dengan itu kandungannya kadangkala memang amat personal dan berasaskan penilaian peribadi, walaupun yang lainnya kebanyakannya umum dan terbuka sifatnya.
Bagaimanapun kandungan blog ini tidak boleh dipetik sebarangan tanpa pengetahuan dan kebenaran saya dan keluarga saya selaku pemilik blog.
Saya hargai usaha anda kerana berkunjung ke sini, dan sila hubungi saya sekiranya ada penjelasan dan keterangan diperlukan mengenai sesuatu isu atau perkara yang dibangkitkan di dalam blog dan saya berhak untuk memberi penjelasan atau mendiamkan diri atau enggan memberi penjelasan.
Atas perhatian kalian diucapkan terima kasih sekali lagi.
Saie bin Dris @ Saiee Driss
Kuching, 17 Ogos 2010