MEMBINA SEMULA KETERAMPILAN BLOGKU
Assalamualaiakum. Memang sudah lama aku tinggalka laman kuini dalam kesepian. Bukan pun ada sebab yang terlalu besar. Hanya bagaikan biduk terputus angin dalam pelayaran. Entah bagaimana beberapa hari lepas aku tertarik balik untuk menjadi seorang blogger dan menulis semula.
Sebenarnya aktiviti ini boleh menghasilkan wang, kaau dilakukan denan tekun dan istiqamah. Ada orang beroleh pendapatan untuk memberi makan keluarganya setiap bulan hanya dengan aktiviti blogging.
Tapi syarat utama harus istiqamah dan harus wujud keterampilan dan ciri-ciri tersendiri pada persembahan blog kita. Selain itu kandunga blog harus tersendiri dan mengandungi unsur intelektual dan membantu pembaca menambah ilmu mengenai isu-isu yang kita kemukakan.
Ada orang memiliki blog yang hanya memperkatakan tentang aktiviti menghasilkan raftangan khusus, misalnya daripada buluh atau kaca. Dan setiap kali postingnya adalah mengenai perkara itu tapi ditulis dar pelbagai sudut dan ada kandungan bahan baharu yang menjadi ilmu dan pengetahuan pembacanya. Dengan itu para pembaca akan sentiasa mengunjungi blog berkenaan untuk mengetahui kandungan-kandungan baharu itu.
Apabila laman itu sudah ramai pengunjung maka para pengiklan akan tampil menawakan diri untuk membeli ruang di laman berkenaan dengan bayaran tertantu. Da kalau sebuah laman yang benar-benar berjaya para pengunjungnya ramai maka iklan pun banyak dan pendapaannya juga banyak.
Kalaulah pengiklan itu syarikat raksasa antara bangsa maka pasti hasilnya lumayan.
Saya akan sentuh peihal iklan-iklan sedemikian dalam posting pada masa akan datang.
Wassaam