Terdetak juga hati apabila anak-anak kampung mendakwa sudah ada kemajuan dan pembangunan di kampung sedang aku mendakwa pembangunan tidak seberapa setelah aku tidak menjenguk kampung lebih tahun. Mungkin aku silap dan mungkin benar-benar ada pembangunan yang menjanjikan masa depan bahagia di kampung. Adanya bekal;an air paip, adanya bekalan elektrik, adanya wi-fi dan sebegitu sebegini sudah melayakkannya dikira maju.
Sesuailah ini dengan kenuyataan Dr Jeniri Amir semasa mengulas suasana dalam pilihanra
ya umum Dewan Undangan Negeri yang lepas bahawa politik di desa dan pinggir bandar di Sarawak masih paras politik periuk nasi belum sampai kepada politik idealisme. Rakyat sudah berpuas hati dengan diberi bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya yang kadangkala sekadar lebih baik daripada denai gajah liar. Politik corak inilah menyebabkan kawasan Semop, khususnya Pulau Beruit, terus ketinggalan.
Politik corak ini lebih mengelirukan apabila para penduduk mempunyai tafsiran cukup menarik dan aneh tentang kegiatan ekonomi dan pekerjaan. Seseorang itu hanya dikira produktif dan bekerja kalau makan gaji dan kalau tidak makan gaji maka dia menganggur a
tau tidak bekerja dan tidak produktif. Seseorang yang berniaga atau mencari makan melalui perniagaan nampaknya tidak berapa dipandang tinggi oleh masyarakat kecuali kalau dia seorang Cina.
Dalam pada itu senario sosiopolitik dam sosioekonomi menuntut perubahan paradigma dalam tafsiran dan pemaknaan aktiviti ekonomi khususnya. Harus diterima hakikat bahawa perniagaan dengan kaedah dan pengurusan baru dan moden harus diterima sebagai kergiatan produktif dan boleh menjamin kehidupan, dan tidak semestinya seseorang itu mesti makan gaji dan ada hari terima gaji baru dianggap bekerja.
Tuntutan perubahan tafsiran ini timbul daripada perubahan sekitaran Kampung Serdeng, Sedo, Semop, Saai dan lain-lain yang tiba-tiba berubah perspektif dan prospektifnya kerana adanya kemudahan-kemudahan baru terutama jalan raya dan wifi yang memecah pintu kesunyian dan mencampakkan kampung-kampung ini, terutama Kampung Serdeng ke tengah-tengah pergolakan ekonomi yang melanda bak tsunami iaitu pembangunan SCORE.
Harus difahami bahawa apabila SCORE dilaksanakan serancak-rancaknya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun dan berterusan selepas itu, kawasan sepanjang jalan dari Sibu ke Tanjung Manis dan dari Bintulu-Mukah ke Tanjung Manis akan menyaksikan pertambahan bukan seratus atau dua ratus orang pendatang pelbagai bangsa dan agama dan b
udaya, tetapi ratusan ribu. Mereka bukan hanya orang Malaysia dan serantau tetapi akan termasuk para petugas industri mega dari luar negeri. Dan apakah orang-orang di kampung-kampung sepanjang laluan itu dapat menyesuaikan diri menjadi jiran industri mega itu? Atau berdasarkan pemgalaman di Bintulu (yang menerima banyak industri antarabangsa) dan Santubong (yang menerima banyak pendatang ke resort dan hotel yang dibina berdekatan kampung mereka, orang-orang di kampung sepanjang jalan ke TanjungManis dari Sibu dan Bintulu-Mukah akan menghadapi masalah mendapat tempat bekerja di industri-industri mega utama dan subindustri hiliran dan huluannya nanti.
Dari segi teknikal dan kemahiran tidak mungkin cukup anak-anak kampung untuk dilatih mengisi kekosongan pekerja mahir dan separuh mahir seperti juruteknik di industri-industri itu. Lebih mencabar lagi ialah kemiskinan telah mendesak anak-anak kampung berhijrah ke bandar sehingga kampung yang biasanya hingar bangar dengan suara anak-anak muda sudah agak sunyi dan tinggal dihuni oleh mereka yang sudah berumur dan kurang berkemampuan untuk mengejar perubahan sosioekonomi yang melanda macam tsunami itu.
Habis di mana dan ke mana mereka boleh pergi? Memang tidak ada jawapan tuntas kerana aku bukan orang politik yang boleh merangka perkembangan sosiopolitiknya. Sebagai seorang yang dididik dalam sosiobudaya yang nampak ialah orang-orang kampung harus mentafsir semula kehidupan dan berpandangan jelas akan kemungkinan nasib yang akan mereka terima. Paling buruk ialah kemungkinan kampung-kampung itu akan menjadi jumud dan dikosongkan sebagaimana berlaku dengan Semulun. Ini mungkin berlaku kalau para penduduk merasa tidak ada masa depan lagi di kampung lalu berhijrah ke tempat lain, sebagaimana berlaku dengan beberapa keluarga di kampung yang dengarnya sudah berpindah ke Daro, Matu atau Mukah. Dengan itu para penduduk akan menjadi perantau di tanah air sendiri menumpang di kampung orang secara membeli tanah dan membina rumah baru kalau ada wang, atau menjadi penyewa dan penumpang dengan hanhya sedikit harapan untuk menetap dan memiliki harta tanah dan rumah sendiri.
Kemungkinan kedua ialah orang-orang di kampung itu harus bersikap agresif dengan mengubah diri mereka menjadi peniaga dan menguasai bidang perniagaan yang memang berada di tangan mereka. Perniagaan apa? Makanan dan bahan makanan.
Bayangkan beratus ribu orang pekerja yang akan membanjiri sepanjang jalan dari Bintulu-Mukah ke TanjungManis dan dari Sibu ke Tanjung Manis, berapa ribu gantang beras, berapa ribu pikul ikan, daging ayam, daging kampung, daging lemnbu dan berapa ribu tan buah-buahan segar dioerlukan setiap hari?
Secara mudahnya bayangkan berapa banyak buah cili, kacang, terung, buah nanas, buah biawas atau jambu batu dan sebagainya diperlukan. Maka kalau ada tanah walau sekangkang kera boleh muka fikirkan sekarang, kerana dalam masa beberapa tahun lagi tuntutan akan melonjak bagai nak gila.
Satu rungutan yang aku terima di internet daripada mereka yang sekarang berlalu lalang dari Mukah ke Tanjung Manis ialah kurangnya gerai makan di sepanjang jalan sehingga apabila sampai ke Semop, Serdeng atau Sedo yang ada hanya air tin dan keropok.
Peluang harus diambil untuk menyediakan makanan segera kepada mereka yang akan semakin ramai berlalu lalang di sepanjang jalan itu. Kalau orang kampung tak ambil peluang ini akan ada orang datang membuka gerai nasi lemak, pulut panggfang, tapai dan sebagainya.
Kalaulah ada di sepanjang jalan itu kedai makan yang menyediakan hidang istimewa seperti gerai air sadap berais, aior tebu berais, masakan kampung dengan nasi huma dengan pais ikan atau kari lokan dan tekoyong masak lemak, bukan sahaja orang yang terpaksa berpergian akam datang nak makan, malah makanan itu boleh dipromosikan melalui internet dan iklan-iklan agresif di kaki jembatan di Mukah dan Sibu malah di Kuching tentang adanya makanan demikian di sepanjang jalan ke Tanjung Manis. Maka orang kampung yang tidak boleh jadi manajer kilang mega boleh menjadi pengurus perniagaan kedai makan sendiri.
Kalau seorang tidak mampu maka boleh dibuka koperasi di kampung itu mengambil peluang daripada perubahan sosioekonomi. Bawalah YB baru kita berunding dan minta nasihat daripada anak-anak kampung di rantau yang mengetahui hal seperti ini.
Itu sementara pandanganku tentang masa depan