Tuesday, May 3, 2011

KAMPUNG SERDENG DALAM BLOG LUAR


Rakyat Sarawak akan hukum Pakatan Rakyat menjelang 16 April


SIBU, 13 April – Rakyat Sarawak akan menghukum pakatan pembangkang kerana dulu menghina rakyat negeri itu bodoh dan mengutuk sebagai “masih pakai cawat” apabila pembangkang kalah pada Pilihan Raya Kecil Batang Ai, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, ramai rakan dan rakyat Sarawak yang ditemuinya masih marah dan berasa terhina kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengutuk rakyat Sarawak sebagai “mereka ini tidak reti undi, masih pakai cawat lagi.”

Ahmad berkata, apa yang dihamburkan pemimpin pembangkang ternyata satu penghinaan yang jelas hanya kerana mereka marah rakyat Sarawak tidak menyokong mereka selama ini.

“Tapi sekarang jelas mereka (pakatan pembangkang) datang ke Sarawak untuk menagih undi dengan membawa sejuta janji kononnya untuk membawa perubahan. Ketika mereka kalah mereka marah kepada rakyat hingga hina rakyat Sarawak tak pandai mengundi kerana pakai cawat…. Apakah pemimpin jenis ini boleh dipercayai?

“Kita percaya rakyat Sarawak tidak akan mudah lupa penghinaan tersebut dan tidak akan terpedaya dengan harapan palsu yang diberikan. Rakyat Sarawak pasti akan menghukum mereka kali ini, rakyat akan menolak pembangkang,” katanya kepada kepada wartawan selepas beramah mesra dengan masyarakat Kampung Serdeng Semop, dekat sini, hari ini .

Ahmad berkata, penghinaan pakatan pembangkang itu juga adalah bukti wajah sebenar mereka yang sentiasa berpura-pura kononnya berjuang untuk rakyat.

“Mereka hanya pandai guna slogan untuk dapat undi rakyat… sesudah dapat kuasa, rakyat dilupakan malah jika rakyat tidak berikan mereka undi maka mereka akan hina rakyat seperti yang mereka lakukan di Sarawak.

“Inilah wajah sebenar politik pembankang yang hanya berjuang untuk rakyat sekadar pada laungan kosong semata-mata sedangkan yang benar-benar membela rakyat adalah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Lihat saja apa yang berlaku di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka yang sentiasa dibantu kerajaan persekutuan terutama dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya,” ujar beliau.

Justeru beliau percaya rakyat terutama pengundi di Sarawak akan mengundi hak dan kuasa yang ada pada mereka pada 16 April ini untuk sekali lagi mengajar pembangkang.

Posted with WordPress for BlackBerry.


No comments:

Post a Comment