Tuesday, May 3, 2011

BLOG DEWI SUSANTI JOLEN


Selain blog saya ini ada beberapa lagi blog mengenai Kampung Serdeng. Di antara yang sudah dapat saya kesan ialah blog anmakanda Dewi Susanti Jolen. Untuk sampai ke blog anakanda Dewi sila klik di bawah ini

PERJALANAN DARAT SERDENG KE SIBU SEJAM SAHAJA

Sebahagian rumah penduduk di Kampung Serdeng bakal berubah wajah apabila jalan raya sempurna siap dibina.


Perjalanan dari Kampung Serdeng ke Sibu hanya sejam

SIBU: Sejak sekian lama, bot ekspres menjadi pilihan penduduk Kampung Serdeng untuk berulang alik ke Sibu kerana penggunaan pengangkutan air itu hanya mengambil masa kira-kira dua jam berbanding jalan darat menerusi Semop-Daro-Mukah yang mencecah tujuh jam. Sekitar 1980-an, penduduk di perkampungan yang terletak bersebelahan Sungai Serdeng ini turut menggunakan tongkang untuk berulang alik ke Sibu, walaupun perjalanan mengambil masa lebih lapan jam. Ketika itu, seawal jam 5.30 pagi, penduduk sudah menunggu di jeti sambil bertemankan lampu picit untuk memberi isyarat kepada bot untuk berhenti di jeti balak yang terletak kurang 20 meter dari penempatan mereka.

Namun episod itu bakal menjadi memori generasi terdahulu di Kampung Serdeng yang mempunyai kira-kira 500 penduduk selepas Jalan Sibu-Tanjung Manis yang turut menghubungkan Sibu dengan Serdeng mula dibina bulan lalu dan dijangka siap Jun depan.

Ketua Kaum Kampung Serdeng, Abdul Razak Chung Abu Bakar, 65, berkata perjalanan ke Sibu menerusi jalan baru itu hanya memakan masa sejam lebih, sekali gus menjimatkan masa dan mengurangkan risiko berbanding menggunakan laluan air yang berbahaya.

"Kami tidak pernah mimpi dapat jalan ini... selepas ini semua urusan jadi lebih mudah," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di kampung berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Tanjung Manis.
Jalan raya yang dibina kerajaan itu turut menemukan jurugambar The New Straits Times Press (NSTP), Radzi Bujang yang terpisah dengan nenek saudaranya, Rabayah, 90, sejak 20 tahun lalu akibat masalah perhubungan ke perkampungan tepi sungai itu yang rata-rata penduduknya petani dan nelayan kecil.

Radzi yang pernah menaiki tongkang bersama arwah datuknya, Pendek Razak, sekitar awal 1980-an, berkata dia tidak pernah menyangka bertemu kembali dengan sanak saudara, termasuk neneknya yang masih sihat dan mampu menebas rumput.

"Sekarang semuanya senang... boleh jalan kiri dan kanan. Tengok atas pun dah ada karan (elektrik) dan air," kata Rabayah yang mesra dengan panggilan Nek Bai di kalangan masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK) Serdeng, Jolen Wahab, 60, berkata jalan raya yang baru dibina turut memudahkan penduduk tempatan memasarkan hasil hutan dan hasil tani terutama batang rumbia, rotan, sayur-sayuran dan buahan-buahan ke pekan terdekat.

"Dulu kalau ada orang sakit, susah nak hantar ke hospital sebab kena naik bot. Sekarang kami boleh terus ke Hospital Sibu," katanya sambil menambah masalah jalan dan pengangkutan ke kampung itu sudah selesai dengan pembinaan jalan baru berkenaan.

Masalah logistik dan perhubungan antara isu pokok yang menekan sebilangan besar penduduk di Sarawak kerana faktor geografi negeri ini yang luas dengan sebilangan besar masyarakatnya khususnya Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah, Kelabit dan Penan yang masih menetap di rumah panjang di pedalaman.

Bagi anak tempatan Kampung Serdeng, Suffian Chung, 38, kerajaan juga perlu meluaskan lagi liputan talian telefon supaya masyarakat luar bandar dapat berhubung dengan dunia luar dan tidak ketinggalan daripada arus pembangunan negara.

SUMBER BAHAN DAN KLARYA ASAL

Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my
Berita Harian 2011/04/05

CERITA SEDIH DI KAMPUNG

RABIATUL Adawiyah bersama anak-anaknya di rumah yang disewa RM100 sebulan di Kampung Serdeng, semalam.

SIBU: Faktor kemiskinan menyebabkan lima sekeluarga di Kampung Serdeng, dekat sini terpaksa menetap di sebuah rumah kecil, berukuran 12 kaki lebar dan 20 kaki panjang yang diperbuat daripada asbestos iaitu bahan yang biasa digunakan untuk membuat rumah burung walit.

Rumah itu didiami keluarga pencari rotan, Mohd Ikhwan Jawan, 30 dan isteri, Rabiatul Adawiyah Puasa, 27. Pasangan itu mempunyai tiga anak berusia antara tiga hingga sembilan tahun.

Adawiyah yang berasal dari Sungai Rambai, Melaka berkata keluarganya terpaksa tinggal di rumah sewa dan dikenakan bayaran RM100 sebulan kerana kemampuan suami yang terbatas, sekadar sekitar RM400 sebulan sebagai pencari rotan dan kerja sampingan lain.

“Kami tiada pilihan, hanya (rumah) ini saja kami mampu sebab abang hanya pencari rotan,” katanya kepada Berita Minggu yang mengunjungi rumah ibu muda itu selepas dimaklumkan Ketua Kampung Serdeng, Abdul Razak Chung Abu Bakar, mengenai keadaan keluarga itu yang memerlukan bantuan rumah lebih selesa.

Dalam reaksi segera terhadap nasib keluarga berkenaan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta pemimpin setempat supaya menyediakan laporan terperinci mengenai keluarga itu dan memanjangkan perkara berkenaan kepada agensi berkaitan.

Katanya, masalah itu juga akan dirujuk kepada pangkalan data e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, manakala bagi permohonan PBR pula harus melalui prosedur tertentu.

Adawiyah antara lima keluarga di Kampung Serdeng, terletak kira-kira 30 kilometer dari Tanjung Manis yang memerlukan rumah lebih baik kerana rumah sedia ada terlalu daif atau menyewa rumah yang tidak kondusif.
Keluarga itu hanya menerima bantuan kewangan tahunan RM250 bagi anak sulung mereka di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sejak setahun lalu dan tidak tersenarai dalam e-Kasih.

Adawiyah sudah tujuh tahun menetap di Sarawak berharap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempertimbangkan keluarganya sebuah rumah lebih selesa di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) yang turut dinikmati empat keluarga lain di kampung itu sejak tahun lalu.

“Kalau boleh dapat rumah PBR itu, Alhamdullillah... anak-anak pun semakin membesar,” katanya.

Sumber: Berita Minggu, 10 April 2011

LAMAN WEB KAMPUNG SERDENG


Syukurlah ada sebuah laman web atau laman sesawang yang mengandungi cukup banyak maklumat mengenai Kampung Serdeng di alamat seperti berikut:

PETA KAWASAN DUN36 SEMOP

Kawasan N36 Semop meliputi beberapa wad termasuk seluruh Pulau Beruit, Paloh, Mupong dan Bunut dan Bintangor.

Senarai kawasan di bawah DUN 36 Semop

Kampung Sebako

Kampung Sedi

Paloh

Kampung Kedang

Mupong

Mupong Ulin

Kampung Serdeng

Telok Gelam

Kampung Bekakong

Kampung Semop

Kampung Kut

Kampung Saie

Penibong

Kampung Betanak

Salah Kecil

Kampung Penipah

Kampung Tekajong

Kampung Bruit

Selidap

Sungai Sian

Tanjong Bundong

Bandar Bintangor

YB SEMOP - ENCIK ABDULLAH SAIDOL

Abdullah bin Haji Saidol bersama isteri tercinta di program Majlis Rakyat Bersama Pemimpin yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysua, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

YB Abdullah bin Haji Saidol berusia 45 tahun dan dilahirkan pada 5 Disember 1966 di Kampung Rajang, Mukah, Sarawak. Berketurunan Melanau dan merupakan anak sulong dari lima orang adik - beradik. Ibu adalah seorang suri runahtangga sementara bapa adalah bekas Pensyarah di Institut perguruan Rajang, Bintangor dan bersara pada tahun 1997.

Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1994 dengan Nora Asikin Binti Ibrahim. Dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Damia Nur Abdullah, 16 tahun yang bersekolah di SMK St. Teresa, Kuching dan Danishafiq Bin Abdullah 13 tahun bersekolah di Tingkatan 1, Maktab Rendah Sains Mara, Kuching.

YB Abdullah mula bersekolah di SK Nanga Strass, Bintangor sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Alor Akar Kuantan, Pahang yang dibiayai oleh Yayasan Sarawak. Beliau melanjutkan lagi belajar di Tingkatan 6 SMK Meradong dan mengikuti pengajian Undang-undang di Uitm (ITM) Shah Alam, Selangor.

Memiliki pengalaman bekerja selama 20 tahun dalam sektor swasta dan sekarang merupakan penasihat undang-undang kepada syarikat Pulpa terbesar di Malaysia. Pernah bekerja di syarikat koporat terbesar seperti kumpulan Perangsang Selangor Bhd, Bursa Saham Kuala Lumpur dan Research Institute of Investment Analysts Malaysia.

SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI YB ABDULLAH

  • Abdullah Bin Saidol
  • Dilahirkan klinik Desa di Kampung Rajang Belawai
  • Dibesarkan di Bintangor Sarawak sebuah pekan diantara Bandar Sarikei dan Sibu memandangkan ayahnya bertugas sebagai guru di Sekolah Nanga Strass Bintangor yang kebanyakan pelajarnya adalah iban dan cina
  • Melanjutkan pelajaran ke Kuantan Pahang atas tajaan Yasasan Sarawak.
  • Kemudian menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Meradong Bintangor
  • Seterusnya menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang undang-undang.
  • Pernah bertugas di Kumpulan Peransang Selangor Berhad selama 3 tahun
  • Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) selama 6 tahun
  • Research Institute Of Investment selama 2 tahun
  • Berpindah ke Kuching pada tahun 2004 apabila ditawar jawatan penasihat undang-undang di Syarikat Pulpa terbesar di Malaysia yang dianggarkan berharga RM 3 Billion.
  • Pengalaman selama 20 tahun dalam dunia korporat (Project Financing,In House Legal Service,Corporate Governance Dan Equity Trading)
  • Isteri pernah bertugas di pejabat Menteri Besar Selangor dan Pejabat Kebudayaan Selangor dan berhenti kerja kerana mengikut suami ke Kuching Sarawak. Isteri beliau juga merupakan lulusan UiTM dalam bidang komunikasi.
  • Memiliki 2 cahaya mata anak sulung perempuan berusia 16 tahun dan yang lelaki berusia14 tahun.
  • Meminati sukan futsal,hoki,dan peminat pasukan Manchester United.

UCAPAN SULUNG YB ADUN SEMOP SELEPAS PRU DUN 10


Ucapan Sulung ADUN Semop Selepas Dipilih

by Sarawak Update on Tuesday, 03 May 2011 at 21:30

Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah..

Dgn izin dan rahmat Dia kita dpt berkumpul dan berjumpa lagi pada mlm ini selepas melalui kesibukan hari2 berkempen tempohari.

Alhamdulillah, perjuangan kita selesai dgn kemenangan BN. Saya juga bersyukur kerana dalam masa tempoh kita berkempen tiada kemalangan dan perkara yg buruk berlaku pada kita malah kita diberkati dgn kerja2 yg lancar dan aman.

Kemenangan BN tempohari seharusnya kemenangan kita bersama, tahniah dan syabas kpd semua yg terlibat secara langsung atau tidak dlm jentera pilihanraya tempohari.

Ini adalah hasil dr kerjasama dan kesungguhan semua pihak yg benar2 mahu melihat parti PBB atau BN menang.

Ini juga adalah bukti semangat juang dan jatidiri kita semua dlm PBB N36.

Tapi perjuangan kita tidak berhenti di situ sahaja,kemenangan tempohari hanya sebagai tanda bahawa perjuangan sebenar akan bermula. Mandat sudah diberi dan kepercayaan warga N36 sudah terbukti.

Sudah tentu tumpuan akan diberi pada calon atau kuda yg dipertaruh. Sudah tentu semua berharap kuda ini kuda yg kuat bukan kuda kepang.

Saya akui byk lagi pembangunan asas yg perlu di lakukan di kebykan tempat di N36 terutama sekali di kawasan Pulau Bruit.

Ini akan menjadi satu cabaran yg hebat utk saya, tapi saya tidak gentar, Insyallah.

Saya mewakili sebuah kerajaan yg kuat, yg mempunyai 2/3 majoriti di DUN Sarawak. Yg dipimpin oleh seorg Ketua Menteri yg berwawasan dan berani.

Saya mewakili kerajaan BN yg berhasrat utk ‘Mendahulukan Rakyat & mengutamakan pencapaian’. Kalau itu cita2 kerajaan yg memerintah, maka itulah agenda yg akan saya dukung kan.

Baiklah biar saya pendek kan crita,

Ini bukan masa berkempen lagi, inilah masa saya utk memberi gambaran awal tentang apa yg mungkin saya lakukan atau tindak tanduk saya sebagai org baru dipilih.

Sebelum kita bercrita ttg keinginan dan masaalah rakyat di N36, sebelum kita bercrita ttg apa yg patut dilakukan atau bagaimana menyelesaikan sesuatu masaalah, semestinya saya tahu, saya tidak akan dapat bertindak seorg diri tanpa sokongan dan kerjasama dr semua ketua2 kaum atau pemimpin2 parti di akar umbi.

Saya yakin mereka di akar umbi ini lebih mengetahui keadaan sebenar di laman mereka sendiri.

Saya mungkin telah mengenali secara ringkas hampir semua ketua2 masyarakat serta pemimpin2 parti di daerah N36 ini tapi saya juga berminat utk mengetahui ttg bagaimana tn2 & pn2 berfungsi atau memainkan peranan dlm masyarakat kecil yg tn2 & pn2 pimpin.

Gayakerja atau corak tadbir yg diamalkan,

Ini penting utk saya ketahui kerana kita perlu ada persefahaman. Kita perlu bergerak secara berpasukan, kita tidak mahu ada gaya kerja yg sumbang dan cacat.

Saya perlu tahu ‘corak pentadbiran’ dan sistem komunikasi yg sedia ada antara seorg wakil rakyat dgn wakil pemimpin di akar umbi.

Struktur pentadbiran ini penting bagi saya kerna saya mahu budaya kerja yg effektif dan produktif dan ini adalah asas GTP atau ‘Pelan Tranformasi Takbirurus’ yg di war-warkan oleh kerajaan BN yg dipimpin oleh PM serta amanat KM supaya kita melihat kembali bagaimana kita berperanan dgn lebih sistematik dlm membawa pembangunan ke kawasan kita.

Secara berperingkat kita akan berjumpa selepas ini utk merangka corak pentadbiran kita.

Polisi yg sudah sedia ada dan berkesan, kita akan kekalkan dan jika perlu kita kemaskini dan perkenalkan gayakerja yg baru.

Bukankah kita semua mahu perubahan?, Bukankah kita semua melaung-laungkan pembangunan? Sebelum kita berperang, kita perlu tahu teknik2 pertempuran yg diperlukan,kalau kita bertempur dlm hutan, kita mungkin mengunakan corak gerila atau tektik yg bersesuaian. Kita tidak akan sembarangan mengunakan kereta kebal atau serangan udara.

Kita juga perlu tahu kelebihan masing2, semua ini akan dikenalpasti dan disusun. Ini belum cukup.
Hubungan akrab dan kerjasama juga perlu dgn agensi2 kerajaan spt Pejabat Daerah, JKR, Pej.Tanah, Perbendaharaan Negeri, Jabtan Pertanian atau Perikanan, Jab. Pendidikan dan sebagainya yg akan membekalkan kita dgn maklumat penting atau yg akan memproses atau melulus permintaan kita.

Saya mahu semua pemimpin akar umbi berada dlm situasi yg terselah, sentiasa bersedia dan peka.

Saya mahu sistem tadbir kita di N36, cara kita berurusan, disenangi dan sentiasa dialu-alu oleh pejabat2 atau agensi2 kerajaan yg berkaitan.

Dgn cara itu, mungkin, Insyallah permohonan kita akan cepat mendpt perhatian dan mudah diluluskan kerna kita cekap mengurus masalah di daerah kita.

Apakah ini hanya angan2 kosong saya seorg..? Apakah usaha ini hanya hangat2 taik ayam..? Apakah tuan2 dan puan2 bersama-sama saya dlm usaha ini ?

Saya bukan superman dan tidak suka berangan-angan.

Pada mlm ini, saya memohon dgn tulus hati saya akan keiklasan dan kesungguhan tuan2-puan2 utk berkerjasama seiring dgn saya.

Jika perlu, berkongsi lah pengalaman tuan2 & puan2 dgn saya.

Ayuh kita berdendang dgn nada yg seirama menyanyikan lagu perjuangan kita.
Demi amanah yg telah dimandatkan,

saya mahu usaha ini dilakukan dlm bentuk ‘Inclusiveness’, maksudnya dalam semangat kekeluargaan. Keperihatinan ini mesti dikongsi bersama, tanggungjawab ini perlu dipikul tanpa ditepis oleh ”gaya silat” yg sumbang.

Kita mesti fokus, kita mesti ada disiplin.

Masing2 ada peranan dlm semua urusan ini nanti samada besar atau kecil.

Jgn ada yg berkokok nyaring tapi telur tak seberapa. Jgn lebih sudu dr kuah. Jgn cuba nak pakai baju yg lebih besar dr badan.

Tn2 & Pn2, Saya bukanlah manusia yg terputih di mata Dia. Saya bukan sempurna. Tapi saya mengakui kewujudan Dia. Saya tak mahu riak dan takbur kerana saya percaya pada qada dan qadar..

Kerna saya percaya sesungguhnya dihujung segala usaha dan penat lelah kita, akhirnya yg Esa, ya Rahman ya Rahim akan menentu keputusan nya.

Kita hanya merancang dan mesti berusaha bersungguh-sungguh. Kerana dlm fahaman cara saya bekerja, tidak mencuba langsung adalah berdosa. Tapi mencuba mestilah dgn cara yg betul dan permintaan mestilah munasabah.

Org yg memberi berbagai alasan tanpa memikir cara menyelesaikan nya adalah seorg yg malas berfikir dan tiada wawasan. Org spt ini tiada tempat dlm perjuangan kita utk memajukan kawasan kita. Ingat, org berbudi kita merasa.

Baiklah, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya dgn penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin mengucapkan rasa terima kasih saya dgn tulus dan iklas pada semua kerna sudi dtg dr jauh utk bersama-sama mlm ini. Saya berdoa semoga perjalanan pulang tuan2 & puan2 akan diberkati dgn suasana yg selamat, aman dan penuh dgn keriangan.

Doa saya juga semoga semua sentiasa dlm keadaan sihat walafiat dan melalui hari2 seterusnya dgn ketenangan jiwa dan akal,sentiasa dirahmati dgn rezeki yg halal dan dijauhi rezeki yg haram, dijauhi kejahatan dunia dan akhirat dan insyallah kita akan berjumpa lagi.

Jika ada kata2 saya atau tingkah saya yg ketelanjuran sejak mula kita berkenalan, Ampun dan maafkan saya.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan penghargaan saya kpd pihak penganjur yg telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini serta mengatur berbagai kemudahan dan acara supaya kedtgan tuan2 dan puan2 ke sini berada dlm keadaan selesa. Jika ada cacat cerla dan kekurangan, saya bagi pihak penganjur ingin memohon maaf. Selamat menjamu selera dan berhibur. Terima kasih & salam.

* Teks ucapan ADUN Semop, Abdullah Saidol berjaya diseludup keluar oleh SU daripada majlis kesyukuran beliau baru-baru ini. Beliau merupakan seorang peguam, pernah menjadi Head Of Corporate Governance Kuala Lumpur Stock Exchange sebelum dipilih untuk menjadi calon BN dalam pilihanraya yang lalu. Misi utama beliau ialah membangunkan DUN Semop. Perwatakan beliau lebih lawak daripada badut tetapi sangat serius dan tegas dalam tugas seharian.