Abdullah bin Haji Saidol bersama isteri tercinta di program Majlis Rakyat Bersama Pemimpin yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysua, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
YB Abdullah bin Haji Saidol berusia 45 tahun dan dilahirkan pada 5 Disember 1966 di Kampung Rajang, Mukah, Sarawak. Berketurunan Melanau dan merupakan anak sulong dari lima orang adik - beradik. Ibu adalah seorang suri runahtangga sementara bapa adalah bekas Pensyarah di Institut perguruan Rajang, Bintangor dan bersara pada tahun 1997.
Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1994 dengan Nora Asikin Binti Ibrahim. Dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Damia Nur Abdullah, 16 tahun yang bersekolah di SMK St. Teresa, Kuching dan Danishafiq Bin Abdullah 13 tahun bersekolah di Tingkatan 1, Maktab Rendah Sains Mara, Kuching.
YB Abdullah mula bersekolah di SK Nanga Strass, Bintangor sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Alor Akar Kuantan, Pahang yang dibiayai oleh Yayasan Sarawak. Beliau melanjutkan lagi belajar di Tingkatan 6 SMK Meradong dan mengikuti pengajian Undang-undang di Uitm (ITM) Shah Alam, Selangor.
Memiliki pengalaman bekerja selama 20 tahun dalam sektor swasta dan sekarang merupakan penasihat undang-undang kepada syarikat Pulpa terbesar di Malaysia. Pernah bekerja di syarikat koporat terbesar seperti kumpulan Perangsang Selangor Bhd, Bursa Saham Kuala Lumpur dan Research Institute of Investment Analysts Malaysia.
SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI YB ABDULLAH
- Abdullah Bin Saidol
- Dilahirkan klinik Desa di Kampung Rajang Belawai
- Dibesarkan di Bintangor Sarawak sebuah pekan diantara Bandar Sarikei dan Sibu memandangkan ayahnya bertugas sebagai guru di Sekolah Nanga Strass Bintangor yang kebanyakan pelajarnya adalah iban dan cina
- Melanjutkan pelajaran ke Kuantan Pahang atas tajaan Yasasan Sarawak.
- Kemudian menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Meradong Bintangor
- Seterusnya menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang undang-undang.
- Pernah bertugas di Kumpulan Peransang Selangor Berhad selama 3 tahun
- Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) selama 6 tahun
- Research Institute Of Investment selama 2 tahun
- Berpindah ke Kuching pada tahun 2004 apabila ditawar jawatan penasihat undang-undang di Syarikat Pulpa terbesar di Malaysia yang dianggarkan berharga RM 3 Billion.
- Pengalaman selama 20 tahun dalam dunia korporat (Project Financing,In House Legal Service,Corporate Governance Dan Equity Trading)
- Isteri pernah bertugas di pejabat Menteri Besar Selangor dan Pejabat Kebudayaan Selangor dan berhenti kerja kerana mengikut suami ke Kuching Sarawak. Isteri beliau juga merupakan lulusan UiTM dalam bidang komunikasi.
- Memiliki 2 cahaya mata anak sulung perempuan berusia 16 tahun dan yang lelaki berusia14 tahun.
- Meminati sukan futsal,hoki,dan peminat pasukan Manchester United.
Assalamualaikum.. terpanggil utk mengenali Yb Abdullah B Saidol kerana pernah bersekolah bersama² di kuantan suatu ketika dahulu.. Teman main bola, ping-pong, badminton dan sukan lain².. teman bergaduh juga..ha.ha..!
ReplyDeleteRupa tak berapa kenal, tapi namanya masih terpahat dihati.. minggu lepas diakhbar ruangan sukan terbaca suatu nama yg pernah dikenali,..moga dpt berhubung kembali..
ReplyDeleteRupa tak berapa kenal, tapi namanya masih terpahat dihati.. minggu lepas diakhbar ruangan sukan terbaca suatu nama yg pernah dikenali,..moga dpt berhubung kembali..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. terpanggil utk mengenali Yb Abdullah B Saidol kerana pernah bersekolah bersama² di kuantan suatu ketika dahulu.. Teman main bola, ping-pong, badminton dan sukan lain².. teman bergaduh juga..ha.ha..!
ReplyDelete